MADPP 2016


Adios dunia!

Tahun ni alhamdulillah aku dah legally 18. Banyak benda yang dah jadi dalam hidup aku sepanjang tahun ni je. Result SPM, interview-interview dan sampai la aku dapat offer Mara untuk buat program MADPP (Mara American Degree Preparatory Program) kat KKTM Lenggong, Perak. 

So, post kali ni aku memang nak cerita pasal program ni je. First and foremost, apa tu madpp? Basically, program ni hanya ditawarkan untuk budak budak mrsm, guna result SPMRSM (trial mara). Aku pergi interview untuk program ni, bulan Januari lepas dekat kktm ni la. Disebabkan umi sibuk time tu n ayah aku kat offshore, so aku kena pergi sendiri. So, i decided untuk pergi dengan bas dengan iffah, wawa, fahim n pene. Banyak sweet memories aku sepanjang perjalanan ke iv ni. Tapi, i am not going to tell more about this haha. 

So, ni video yang aku sempat buat khas sempena iv ni haha. 


                           

Untuk MADPP, aku akan buat foundation untuk ambil SAT n TOEFL. SAT ada dua subjek; maths and english. TOEFL english je. Basically jadual tak pack sangat pon alhamdulillah hehe. Ada jugak belajar pengajian islam dan SOS. Result final nanti pun mempengaruhi untuk fly ye ehhe.

Semua MADPP student akan fly ke US insyaAllah (dah nama pun american degree, memang ke us je la). Estimated dalam bulan 1/2 tahun depan. Kami akan ke community college dulu for the first two months and then another two years dekat universiti. Kita boleh pilih nak buat major apa nanti. Tapi, ada beberapa major yang mara tak bagi, macam accounting, architecture, medic, pharmacy and acturial science? Kenapa? Sebab mara dah ada program khas untuk major yg aku sebut tadi. Contohnya, macam untuk accounting, mara dah ada pusat foundation dia which is dekat MKIC Ketengah. 

Sebenarnya, aku sangat bercita-cita nak buat accounting. Dari zaman form 4 lagi. Kalau orang tanya, nanti bila dah lepas spm, nak study apa? Confirm aku jawab nak buat acc. Tapi, dah takde rezeki kan. Takpe la, wallahu a'lam. Lagipun last week aku dapat email yang aku tak dapat scholarship peneraju, so aku yakin memang Allah nak hantar aku kat sini :) 


Ni geng kopu aku yang sekali dalam madpp. From left; fahim, aku, iffah, ana n lehe. And can't wait untuk terima another semek farisya from kopu jugak.


 Ni pulak gambar kitorang jadi wakil netball lenggong. Pasal budak diploma ada hal time tu. 

K la, till another upcoming posts.

Regards,
Alia

Lupa nak cakap, blog ni nanti akan diguna pakai sebagai assignment bi aku. Do navigate yang menu tabs kat bahagian kanan blog ni ya! Trimas.
p/s: Kalau ada nak tanya pasal program ni, feel free to drop comments k ;)
arigato haikk sudi bace :)

4 comment[s]:

Unknown said...

madpp ni utk spm 2015 je eh? kenanpa spm 2016 takde?

Nurul Umairah said...

Kalau bukan student mrsm boleh mohon tak?

ASHAZMI. said...

@Unknownmadpp ni start dari spm 2013 lagi. tapi kalau tak silap takde untuk spm 2016 sebab biasanya bulan 5 dia dah buat intake. boleh contact bahagian pengajian tinggi MARA untuk maklumat yang sahih ye :)

ASHAZMI. said...

@Nurul UmairahMADPP memang khusus untuk student MRSM sahaja. tapi ada banyak program yang MARA tawarkan, boleh cek website MARA ye :) maaf lambat reply ye

Post a Comment

Jot down whatever you want. I will published your comments once i check them out!

ASHAZMI's Priority.